Maklumat Penting untuk Penumpang, Berkuat Kuasa 10 Disember 2025
10 Dis 2025
AirBorneo Mengumumkan Pelancaran Laman Sesawang dan Pusat Panggilan serta Peralihan Tiket MASwings pada 10 Disember 2025.
AirBorneo berbesar hati mengumumkan satu pencapaian penting dalam pelancaran laman sesawang dan pusat panggilan pada 10 Disember 2025. Ini menandakan bahawa permulaan penjualan tiket bagi pengambilalihan operasional MASwings yang dijadualkan pada akhir Disember 2025.
Maklumat Penting untuk Penumpang, Berkuat Kuasa 10 Disember 2025:
- Pembelian Tiket Baharu untuk Perjalanan pada atau sebelum 13 Januari 2026 Penumpang hendaklah terus membeli tiket MASwings melalui laman web rasmi MASwings yang sedia ada iaitu (www.maswings.com.my) bagi perjalanan sehingga atau pada 13 Januari 2026.
- Pembelian Tiket Baharu untuk Perjalanan pada atau selepas 14 Januari 2026 Penumpang hendaklah membeli tiket penerbangan melalui laman web AirBorneo (www.airborneo.com). Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh membuat pembelian tiket melalui pusat panggilan AirBorneo di 1-300-22-1388 (percuma untuk panggilan tempatan) atau +6082-537 555 (untuk panggilan antarabangsa).
Status Tiket Sedia Ada MASwings Semua tiket dan tempahan MASwings sedia ada kekal sah tanpa sebarang perubahan pada waktu dan tarikh penerbangan. Penumpang yang mempunyai tiket MASwings bagi perjalanan pada atau selepas 14 Januari 2026 akan menerima notifikasi secara individu berhubung pengeluaran semula tiket mereka di bawah AirBorneo.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.airborneo.com dan rujuk bahagian Soalan Lazim (FAQ) Umum. Pasukan khidmat pelanggan kami sedia membantu menjawab sebarang pertanyaan di 1-300-22-1388 (percuma untuk panggilan tempatan) atau +6082-537 555 (untuk panggilan antarabangsa).
Mengenai AirBorneo: Pada 12 Februari 2025, Kerajaan Negeri Sarawak telah memeterai Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement) dengan Malaysia Aviation Group (“MAG”), sekali gus memformalkan pengambilalihan MASwings Sdn Bhd (“MASwings”).
Mengenai AirBorneo: Pada 12 Februari 2025, Kerajaan Negeri Sarawak telah memeterai Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement) dengan Malaysia Aviation Group (“MAG”), sekali gus memformalkan pengambilalihan MASwings Sdn Bhd (“MASwings”).
Hubungi media: [email protected]
FAQ – Peralihan Operasi MASWings ke AirBorneo
Soalan Lazim (FAQ)
1. Bilakah peralihan akan berlaku?
Peralihan akan bermula pada 1 Januari 2026, apabila AirBorneo secara rasmi mengambil alih operasi penerbangan MASwings.
2. Apa yang akan berlaku kepada tempahan MASwings saya yang sedia ada?
Tempahan anda adalah selamat sepenuhnya. Semua tiket dan tempahan MASwings yang sedia ada kekal sah dan akan diterima seperti biasa, tanpa memerlukan sebarang tindakan daripada anda.
3. Adakah rancangan perjalanan saya akan terjejas?
Tidak, rancangan perjalanan anda akan berjalan seperti biasa. Penerbangan, termasuk yang telah ditempah melalui MASwings, akan beroperasi di bawah AirBorneo mulai 1 Januari 2026.
4. Bolehkah saya masih menempah penerbangan MASwings?
Ya, anda masih boleh menempah tiket di laman sesawang MASwings untuk perjalanan sehingga 13 Januari 2026. Bagi perjalanan bermula 14 Januari 2026 dan seterusnya, tempahan boleh dibuat melalui laman web AirBorneo (www.airborneo.com) mulai 10 Disember 2025.
5. Bagaimanakah saya membuat tempahan perjalanan bagi 1arikh mulai 14 Januari 2026 dan seterusnya?
Untuk perjalanan bermula 14 Januari 2026 dan seterusnya, tempahan boleh dibuat terus melalui laman sesawang AirBorneo (www.airborneo.com).
6. Bolehkah saya memperoleh atau menebus Enrich Points untuk penerbangan ini?
Enrich Points tidak lagi layak untuk diperoleh atau ditebus bagi penerbangan AirBorneo mulai 1 Januari 2026.
7. Adakah saya perlu membuat sebarang perubahan pada tempahan saya?
Tiada perubahan diperlukan. Tiket anda kekal sah, dan penerbangan anda akan beroperasi seperti yang dirancang.
8. Siapakah yang boleh saya hubungi jika saya memerlukan bantuan?
Jika anda memerlukan sebarang bantuan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan AirBorneo melalui Talian Bebas Tol/Hotline di 1-300-22-1388, atau talian antarabangsa +6082-537 555. Anda juga boleh melayari laman sesawang (www.airborneo.com) atau menghantar e-mel ke ([email protected]) untuk pertanyaan pelanggan atau aduan.
9. Mengapakah operasi MASwings dipindahkan kepada AirBorneo?
Peralihan ini merupakan sebahagian daripada perubahan pemilikan yang melibatkan MASwings dan Kerajaan Sarawak. Perubahan ini membolehkan perkhidmatan udara serantau di Sabah dan Sarawak diperkukuh serta disokong untuk jangka masa panjang. Peralihan tersebut dirancang dengan teliti bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan tanpa memberi sebarang kesan kepada tempahan atau rancangan perjalanan pelanggan yang sedia ada.