Tempahan & Tiket
-
Tiket Tidak Boleh Dipindah Milik: Tiket tidak boleh dipindahkan. Penggantian penumpang asal dengan individu lain adalah dilarang sama sekali.
-
Pindaan Nama: Pindaan nama merujuk kepada pembetulan atau perubahan huruf dalam nama penumpang seperti yang direkodkan dalam tempahan. Ia hanya dibenarkan dalam keadaan tertentu sahaja.
-
Caj Yang Dikenakan: Pindaan nama mungkin akan dikenakan Caj Perkhidmatan Pindaan Nama, berserta sebarang perbezaan tambang dan caj tambahan yang berkaitan.
Tiket adalah sah untuk tempoh:
(a) Satu (1) tahun dari tarikh tiket dikeluarkan; atau
(b) Satu (1) tahun dari tarikh perjalanan pertama anda menggunakan tiket tersebut, sekiranya penerbangan pertama berlaku dalam tempoh satu tahun dari tarikh tiket dikeluarkan.
- Tiket adalah sah untuk pengangkutan dari titik asal seperti yang tertera pada tiket anda.
- Penumpang mesti menggunakan tiket mengikut urutan segmen perjalanan yang dinyatakan pada tiket.
- Tambang yang dibayar dikira berdasarkan keseluruhan urutan perjalanan seperti yang tertera pada tiket. Sekiranya penumpang ingin menukar perjalanan mereka, mereka mesti menghubungi AirBorneo terlebih dahulu.
- Tiket boleh kehilangan kesahannya secara automatik sekiranya penumpang melangkau mana-mana bahagian perjalanan tanpa memaklumkan kepada syarikat penerbangan terlebih dahulu; tiket tersebut mungkin menjadi tidak sah untuk baki perjalanan.
- Tambang untuk perjalanan baharu akan dikira semula, dan penumpang akan diberi pilihan sama ada untuk menerima harga baharu tersebut atau mengekalkan perjalanan asal seperti dalam tiket.
Penumpang yang memerlukan bantuan kerusi roda boleh membuat permintaan lebih awal semasa tempahan atau semasa ketibaan di lapangan terbang dengan melawat kaunter daftar masuk kami.
- Bantuan Berlepas: Kakitangan darat kami akan mengatur agar penumpang dibantu dari kaunter daftar masuk hingga ke pintu berlepas.
- Bantuan Ketibaan: Semasa ketibaan, perkhidmatan kerusi roda akan disediakan dari pesawat ke pintu ketibaan di dalam terminal.
Kami mengesyorkan agar permintaan bantuan kerusi roda dibuat lebih awal untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lancar.
Penumpang Bawah Umur Tanpa Iringan (UMNR) disediakan untuk kanak-kanak berumur antara 5 hingga 15 tahun yang melakukan perjalanan secara bersendirian. Berikut ialah kategori umur bagi penerimaan penumpang bawah umur tanpa iringan:
| Kategori Umur | Keperluan Perjalanan |
|---|---|
| Kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah | Tidak dibenarkan melakukan perjalanan bersendirian dan mesti ditemani oleh ibu bapa, penjaga, atau orang dewasa berumur 18 tahun ke atas. |
| Kanak-kanak berumur antara 5 hingga bawah 12 tahun | Boleh melakukan perjalanan bersendirian tetapi mesti didaftarkan sebagai UMNR dengan syarat-syarat tertentu. |
| Kanak-kanak berumur antara 12 hingga bawah 15 tahun | Dibenarkan melakukan perjalanan bersendirian, dan boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan UMNR atas permintaan. |
Dengan perkhidmatan ini, kanak-kanak akan ditemani oleh kakitangan darat hingga ke pintu berlepas dan diserahkan kepada kru kabin kami, yang akan memastikan mereka selesa sepanjang penerbangan.
Semasa ketibaan, kakitangan darat kami akan menemani penumpang UMNR/kanak-kanak melalui proses pengambilan bagasi sebelum menyerahkannya kepada penjaga yang dilantik di pintu ketibaan.
Sila muat turun dan isikan borang ini: Borang Penumpang Bawah Umur Tanpa Iringan