Notis Berkaitan Permohonan e-Invois Individu

08 Jan 2026

Pelanggan Yang Dihargai,

Dimaklumkan bahawa permohonan e-Invois individu tidak dapat disediakan buat sementara waktu kerana AirBorneo sedang melalui tempoh peralihan melibatkan penstrukturan semula sistem dan integrasi e-Invois selaras dengan keperluan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Sepanjang tempoh ini, hanya e-Invois disatukan (consolidated e-Invoice) akan dikeluarkan.

Ketetapan ini adalah berkuat kuasa sehingga 31 Mac 2026.

Untuk rujukan, surat kelulusan rasmi daripada LHDN telah dilampirkan bersama.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kefahaman anda.

Sekian, terima kasih.
AirBorneo Holdings Sdn Bhd