Peralihan “Departure Control System (DCS)” AirBorneo (14 Januari 2026)

12 Jan 2026

Peralihan Sistem DCS - Maklumat Penumpang

1. Apakah yang berlaku semasa peralihan DCS?
Departure Control System (DCS) MASwings (MH) akan beralih kepada Departure Control System (DCS) AirBorneo (MY) sebagai langkah persediaan operasi AirBorneo. Setelah diaktifkan, sistem ini akan beroperasi sepenuhnya di kesemua 21 lapangan terbang yang dikhidmati oleh AirBorneo di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Melalui langkah peralihan ini, penerbangan yang beroperasi menggunakan kod penerbangan MH (siri MH3000) akan mula beroperasi menggunakan kod penerbangan MY (siri MY3000).

2. Bilakah peralihan ini akan berlaku dan adakah sistem akan terjejas?
Peralihan kepada DCS AirBorneo akan dilaksanakan pada 14 Januari 2026 (Rabu). Semasa peralihan, semua sistem sedia ada akan kekal aktif di semua lapangan terbang. Tiada pengaktifan secara berperingkat akan dijalankan dan operasi penerbangan akan berjalan seperti biasa setelah peralihan selesai.

Bagi penumpang yang melakukan perjalanan dengan AirBorneo mulai 14 Januari 2026 (Rabu) ke atas, tempahan anda tidak akan mengalami sebarang perubahan, dan butiran penerbangan akan kekal seperti sedia ada dan seperti yang tertera dalam dokumen penerbangan anda. Penumpang juga tidak dijangka akan mengalami sebarang gangguan perjalanan semasa tempoh peralihan ini.

3.Adakah penerbangan saya akan beroperasi seperti dijadualkan?
Ya. Semua penerbangan AirBorneo (yang dahulunya dikenali sebagai MASwings) akan beroperasi mengikut jadual. Peralihan ini hanyalah perubahan sistem yang tidak menjejaskan waktu penerbangan.

4. Lapangan terbang manakah yang terlibat dalam peralihan ini?
Peralihan ini melibatkan kesemua 21 lapangan terbang di Sabah, Sarawak dan Labuan.

5. Adakah terdapat sebarang perubahan di kaunter daftar masuk?
Kaunter daftar masuk akan beroperasi seperti biasa.

Penumpang mungkin akan melihat perubahan berikut:

  • Paparan sistem maklumat penerbangan lapangan terbang akan memaparkan logo AirBorneo bersama dengan nombor penerbangan MY
  • Di lapangan terbang tanpa paparan sistem maklumat penerbangan, papan tanda yang memaparkan nama atau logo AirBorneo akan disediakan

6. Berapa awal saya perlu tiba di lapangan terbang?
Penumpang dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang mengikut tempoh daftar masuk yang dinyatakan didalam dokumen penerbangan atau dokumen pengesahan tempahan anda.

Penumpang juga digalakkan untuk tiba lebih awal daripada biasa bagi memastikan pengalaman di lapangan terbang berjalan lancar semasa tempoh peralihan.

7.Saya telah menempah tempat duduk didalam pesawat lebih awal atau memohon bantuan khas. Adakah ia akan dipenuhi?
Ya. Kesemua tempahan tempat duduk didalam pesawat yang telah dibuat lebih awal dan permintaan bantuan khas akan dipenuhi sepenuhnya seperti yang telah ditempah.

8. Bolehkah saya menguruskan tempahan saya secara dalam talian (Manage Booking)?
Perkhidmatan pengurusan tempahan (Manage Booking) secara talian akan kekal tersedia. Penumpang masih boleh:

  • Menempah tempat duduk didalam pesawat
  • Memohon bantuan khas

Untuk perubahan tempahan yang lain (seperti perubahan tarikh perjalanan atau nama penumpang), sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami:

9. Adakah saya perlu membuat sebarang persediaan berbeza jika terbang pada hari peralihan?
Tiada persediaan berbeza perlu dilakukan oleh penumpang kerana operasi penerbangan akan berjalan seperti biasa.

Kami menghargai kesabaran dan kefahaman anda sepanjang proses peralihan ini. Peralihan ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda.

Peralihan “Departure Control System (DCS)” AirBorneo (14 Januari 2026)