Tarikh kemaskini: 26 Mac 2026
AirBorneo Holdings Sdn Bhd ("AirBorneo", "kami" atau "kita") komited untuk melindungi data peribadi anda dan menghormati privasi anda. Notis Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, menzahirkan dan melindungi data peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) Malaysia.
1. Pemakaian
Notis ini terpakai kepada semua data peribadi yang dikumpul melalui laman web kami, aplikasi mudah alih, saluran perkhidmatan pelanggan serta interaksi lain anda dengan AirBorneo.
2. Apakah itu Data Peribadi?
"Data Peribadi" merujuk kepada maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang individu yang boleh dikenalpasti daripada maklumat tersebut. Ini termasuk:
- Nama, nombor kad pengenalan / passport
- Butiran perhubungan (emel, nombor telefon, alamat)
- Maklumat perjalanan dan tempahan
- Butiran pembayaran
- Keutamaan kesihatan dan pemakanan (jika terpakai)
- Alamat IP dan maklumat peranti
- Lokasi GPS bagi peranti mudah alih yang mengakses laman web atau/dan aplikasi mudah alih kami
- Rakaman CCTV (jika anda mengunjungi premis kami)
Apabila anda berinteraksi dengan aplikasi yang dicipta oleh kami, kami akan mengumpul maklumat mengenai lokasi dan peranti mudah alih anda seperti komputer riba, komputer, telefon bimbit, jam pintar, tablet dan gajet lain (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Peranti”). Maklumat tersebut mungkin akan digunakan untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan berasaskan lokasi seperti hasil carian dan kandungan pemasaran. Anda boleh menolak untuk berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan kami, atau mematikan perkhidmatan berasaskan lokasi di Peranti anda pada bila-bila masa.
3. Maklumat Mandatori vs Sukarela
Semua maklumat yang diminta daripada anda adalah wajib untuk anda bekalkan melainkan dinyatakan sebaliknya. Jika anda memilih untuk tidak bekalkan kami dengan maklumat peribadi anda, kami mungkin tidak akan dapat bekalkan anda dengan perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.
4. Bagaimana Kami Mengumpul Data Anda
Kami mungkin mengumpul data peribadi anda:
- Secara langsung daripada anda (contohnya, melalui tempahan, pendaftaran, maklumbalas anda)
- Melalui pihak ketiga (contohnya, melalui agen pelancongan, pembekal perkhidmatan)
- Secara automatik daripada laman web kami atau aplikasi mudah alih (contohnya, kuki, analitik)
- Melalui sumber umum / awam
5. Tujuan Pemprosesan
Kami akan memproses data peribadi anda untuk tujuan yang berikut:
- Untuk membekalkan perkhidmatan yang berkaitan dengan perjalanan dan lain-lain
- Untuk menguruskan tempahan, pembayaran dan sokongan pelanggan
- Untuk mengesahkan identiti dan memastikan keselamatan
- Untuk mematuhi obligasi undang-undang dan kawalselia
- Untuk menjalankan pemasaran, promosi dan penglibatan pelanggan (dengan kebenaran)
- Untuk menambahbaik perkhidmatan dan pengalaman pengguna kami
6. Penzahiran Data Peribadi
Data peribadi anda mungkin dizahirkan kepada:
- Anak-anak syarikat dan sekutu kami
- Pihak berkuasa kerajaan dan kawalselia
- Pembekal perkhidmatan pihak ketiga (contohnya IT, logistik, pemasaran)
- Rakan-rakan kongsi perniagaan (dengan kebenaran anda)
- Wakil undang-undang atau orang yang diberikuasa
Di mana diperlukan, data anda mungkin dipindahkan ke luar Malaysia mengikut langkah-langkah keselamatan yang berpatutan.
7. Kebenaran dan Pilihan
Dengan membekalkan kami dengan data peribadi anda, anda bersetuju dengan pemprosesan data anda seperti yang dinyatakan dalam notis ini. Anda boleh menarikbalik kebenaran anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami.
Contoh penarikanbalik kebenaran termasuk:
- Menghentikan langganan anda daripada emel pemasaran kami melalui pautan yang disediakan
- Menghubungi perkhidmatan pelanggan kami untuk meminta data anda dipadamkan daripada senarai promosi kami
- Mengemukakan keutamaan anda melalui tetapan akaun pengguna
8. Keselamatan Data
Kami melaksanakan langkah-langkah fizikal, teknikal dan organisasi untuk melindungi data peribadi anda daripada sebarang akses, penzahiran atau kehilangan yang tidak diberikuasa.
9. Penyimpanan Data
Kami hanya menyimpan data peribadi selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas sahaja, atau selama yang diperlukan di bawah undang-undang.
10. Hak Anda
Mengikut APDP, anda mempunyai hak untuk:
- Mengakses dan membetulkan data peribadi anda
- Menarikbalik kebenaran untuk tujuan pemprosesan
- Menghalang pemprosesan data anda untuk tujuan pemasaran langsung
- Mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa yang berkaitan
Untuk melaksanakan hak-hak ini, sila hubungi:
Emel: [email protected]
11. Proses aduan APDP
Jika anda percaya bahawa data peribadi anda telah disalahgunakan atau hak anda di bawah APDP telah dikecam, anda boleh mengemukakan aduan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia di:
Laman Web: https://www.pdp.gov.my
Emel: [email protected]
Telefon: +603-7456 3888
12. Kemaskini Notis ini
Kami mungkin meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Sila semak laman kami secara berkala untuk mendapatkan versi yang terkini.
13. Konflik
Sekiranya terdapat konflik antara versi Bahasa Malaysia Notis Privasi ini dengan versi Bahasa Inggeris yang sepadan dengannya, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.